KOTA KINABALU, 14 SEPT: Sambutan Hari Malaysia 2024 yang diadakan esok di Padang Merdeka di sini cukup istimewa terutama dengan persembahan menarik yang bakal disajikan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
KUALA LUMPUR, 3 SEPT: Syarikat-syarikat korporat diharap terus membantu, khususnya menerusi program geran padanan bagi memastikan industri kreatif terus menyumbang kepada sektor itu serta ekonomi negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
PUTRAJAYA, 3 SEPT: Pengamal media yang menggunakan pelan pascabayar dan prabayar akan menerima rebat sempena sambutan bulan kebangsaan tahun ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
PUTRAJAYA, 30 OGOS: Rakyat Malaysia harus berusaha ‘memerdekakan jiwa’ daripada penyebaran konten dan komen yang jelik yang boleh menyakitkan hati orang lain, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang yang sedang dilaksanakan dijangka bertambah rancak dalam tempoh seminggu sebelum menjelang Hari Kebangsaan 31 Ogos nanti.
PUTRAJAYA, 15 OGOS: Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah bagi menjamin keselesaan orang ramai yang akan berhimpun di kawasan itu bagi menyaksikan pelbagai persembahan pada sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini.
KUALA LUMPUR, 15 OGOS: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mahukan platform media sosial supaya meletakkan notis ‘Kecerdasan Buatan (AI)’ dalam setiap kandungan AI yang dimuat naik di platform masing-masing bagi mengelak berlaku insiden tidak diingini.
KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Komen yang dikeluarkan oleh warganet terhadap para atlet Sukan Olimpik Paris 2024 di media sosial boleh dianggap buli siber sekiranya memberi kesan ke atas mental mereka, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
PUTRAJAYA, 1 OGOS: Satu perhimpunan solidariti bersama rakyat Palestin akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil Ahad ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Pengendali aplikasi komunikasi Telegram dan WhatsApp perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan tiada sebarang salah laku jenayah bebas dilakukan di dalam platform berkenaan.
KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
SHAH ALAM, 18 JULAI: Syarikat penyedia media sosial TikTok akan menambah pasukan moderator untuk meneliti kandungan di platform itu bagi mengekang buli siber, kata menteri komunikasi.
PUTRAJAYA, 16 JULAI: Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30, dengan minimum permulaan data 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
PUTRAJAYA, 15 JULAI: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melontarkan komen jelik, bersifat jenayah dan ekstrem menerusi platform media sosial termasuk di aplikasi WhatsApp, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
PUTRAJAYA, 15 JULAI: Masyarakat diminta berwaspada dengan taktik penipuan menggunakan penyebaran video dan imej palsu atau ‘deepfake’ yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
PUTRAJAYA, 12 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap kes membabitkan buli siber, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
IPOH, 8 JULAI: Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan melaksanakan program di luar pusat itu bagi memanfaatkan lebih ramai masyarakat setempat.
KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memandang serius insiden gangguan seksual terhadap wartawan wanita yang sedang bertugas bagi liputan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Kementerian Komunikasi mengesahkan bahawa pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang mengambil bahagian dalam rangkaian 5G kedua Malaysia tidak akan memindahkan sebarang kos kepada pengguna.
SHAH ALAM, 28 JUN: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Istana Bukit Kayangan dekat sini, semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.